Wednesday, October 26, 2016

Fodder gandum sebagai makanan ternakan.



Fodder yang dibuat dari biji gandum, jagung atau barli sangat sesuai untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan ayam. Ia cukup senang untuk disediakan, sangat berkhasiat dan menjimatkan kos. 

Cara-cara membuat fodder gandum dengan mudah.


1. Sediakan rak plastik bertingkat. 



2. Rendam biji gandum, jagung atau barli selama 12 hingga 24 jam.



3.  Bilas bijirin yang telah direndam dan ratakan atas rak  Jika lubang rak terlalu besar, lapik dengan jaring plastik. Ratakan dengan ketebalan dalam setengah inci.



4. Siram dua kali sehari atau lebih jika perlu. Pastikan air tidak bertakung.



5. Setelah satu hari, bijirin akan mula bercambah.



6. Hari ketiga, daun mula tumbuh.



7. Selepas 5 hingga 6 hari, fodder sudah boleh digunakan sebagai makanan ternakan. Setiap kilogram bijirin boleh menghasilkan 5 hingga 6 kg fodder.




Wednesday, October 12, 2016

Cara-cara membuat Brooder


Brooder ialah reban khas untuk anak ayam yang berumur antara satu hingga empat belas hari. Ada pelbagai cara dan rekabentuk brooder. Disini saya kongsikan cara yang saya buat untuk menampung 100 ekor anak ayam. Brooder ini berukuran 28 inci lebar, 8 kaki panjang dengan ketinggian 20 inci.

Apa yang anda perlukan.
  1. Plywood 6mm (8'x4') - 2 pcs
  2. Kayu 2"x2" (12' panjang) - 2 pcs
  3. Kayu 2"x2" (12' panjang) - 6 pcs
  4. Wire mesh (3' x 12')
  5. Electric wire - 9'
  6. Soket, soket lampu dan mentol (40W) - 4pcs
Kos barangan tidak sampai RM200.00

Anda juga perlukan peralatan yang secukupnya.


Persedian
  1. Potong plywood pertama untuk menjadikan dua keping dengan lebar 28" dan 20"
  2. Potong plywood kedua untuk menjadi dua keping dengan lebar 30" dan 18"
  3. Potong kayu 2"x2" untuk mendapatkan 6 keping, setiap satu 4' panjang.
  4. Potong kayu 2"x2" untuk mendapatkan 3 keping setiap saru 2' panjang.
  5. Potong kayu 1"x2" untuk mendapatkan 4 keping setiap satu 8' panjang
  6. Potong kayu 1"x2" untuk mendapatkan 4 keping setiap satu 2' panjang.


Setelah siap dipotong, anda boleh mula membuat frame untuk brooder.




Dan diikuti dengan lantai dan dinding.

Untuk dinding bahagian depan dan belakang saya gunakan plywood manakala dinding bahagian tepi gunakan jaring besi dan dilapik dengan jaring halus untuk elakan nyamuk atau lalat masuk ke brooder.

Untuk lantai, anda boleh gunakan jaring atau plywood. Saya memilih untuk gunakan plywood dan akan dilapik dengan kertas suratkhabar atau sekam padi. Ini adalah untuk hindari najis jatuh kebahagian bawah dan dihurungi lalat. 


Setelah siap, bolehlah cat brooder anda. Bantuan dari isteri dan anak akan mempercepatkan kerja.



Dan inilah hasilnya.



Cukup mudahkan? Selamat mencuba.


Wednesday, October 5, 2016

Pengenalan


Chicken tractor ialah kaedah ternakan ayam dimana reban ayam mudahalih akan dipindahkan agar ayam mendapat kawasan rumput yang segar setiap hari.

Antara kebaikan kaedah ini ialah :
  1. Kos permulaan yang murah dan mudah untuk dibuat sendiri.
  2. Boleh dimulakan secara kecil-kecilan (50-100 ekor) setiap reban.
  3. Mudah untuk menambah kapasiti dengan membina reban baru.
  4. Selamat dari binatang pemangsa seperti anjing, biawak dan ular.
  5. Mudah untuk diselenggara dan dibersihkan.
Setelah menjalankan kajian, percubaan dan prototype, kami telah membuat beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan keadaan diMalaysia. Dengan kaedah ini, tidak seperti dinegara barat yang mempunyai ladang yang besar, ianya boleh dijalankan di belakang rumah, di kebun buah-buahan, kebun getah dan sebagainya.

Selain dari kos permulaan (penyedian tanah, pagar, reban dsb), satu lagi kos yang tinggi untuk penternakan ialah kos makanan. Sebagai contoh, untuk mendapatkan ayam seberat 2kg memerlukan makanan sebanyak 4kg. (Feed Conversion Rate atau FCR pada kadar 2). Ini bermakna jika harga makanan ternakan ialah RM2.00/kg, kos makanan sahaja sudah menjadi RM8.00 untuk seekor ayam. Inilah masaalah terbesar bagi kebanyakan penternak.

Bagaimanakah untuk menyelesaikannya? Mungkin telah tiba masanya untuk kita membuat satu anjakan paradigma (paradigm shift)

Dengan kaedah Chicken Tractor, kos permulaan dan kos makanan ternakan dapat dikurangkan.sebanyak 50 peratus atau lebih.

Untuk memulakan ternakan ayam secara organik menggunakan kaedah chicken tractor, anda memerlukan :

Brooder (Untuk anak ayam berumur 1-14 hari)
Anak ayam memerlukan tempat yang kering dan hangat. Untuk itu, pada umur dibawah 14 hari, ia akan ditempatkan di Brooder dan akan dipindahkan ke Chicken Tractor selepas 14 hari.  Anda boleh membuat brooder sendiri dengan mudah.

Reban Mudah-alih/Chicken Tractor (untuk ayam berumur 15 hari keatas)
Setiap Chicken Tractor berukuran 10 kaki x 12 kaki, dan boleh memuatkan sehingga 100 ekor ayam. Ia boleh dibina sendiri dengan mudah menggunakan barangan yang boleh didapati dimana-mana kedai hardware. Anggaran kos tidak melebihi RM500 bagi setiap reban.

Chicken tractor akan dialih ke kawasan bersebelahan pada setiap lima hari. Kawasan yang sebelumnya akan di sembur dengan EM (Effective MicroOrganism) untuk menyuburkan tanah dan menghilangkan bau. Ia akan terdedah pada cahaya matahari dan akan mempercepatkan proses pengkomposan najis ayam dan sedia untuk digunakan semula dalam masa lima hari. Dengan cara ini, kita tidak perlukan kawasan yang luas bagi setiap reban, hanya perlu dua kali ganda kawasan reban. Untuk reban bersaiz 10' x 12' hanya perlu kawasan seluas 20' x 12'. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijalankan dibelakamg rumah, di antara pokok getah atau buah-buahan dsb. Tidak perlu menyediakan kawasan khusus dan boleh dijalankan serentak di kebun sedia ada.

Bagaimana pula cara untuk mengurangkan kos makanan ternakan?

Setelah membuat kajian dan percubaan, kami telah merumuskan satu cara yang tidak lagi memerlukan pembelian makanan ternakan komersial.

Semua makanan ternakan boleh disediakan sendiri dengan percuma atau kos yang rendah..
  1. Azolla
  2. Fodder yang dibuat dari biji gandum, barli atar jagung.
  3. Black Soldier Fly Larvae (BSFL) 
  4. Bokashi 
  5. Fermented Fruit Juice.
Hasil dari percubaan menggunakannya sungguh menggalakan dimana peningkatan berat ayam hampir sama dengan jika diberi makanan komersial.