Wednesday, October 5, 2016

Pengenalan


Chicken tractor ialah kaedah ternakan ayam dimana reban ayam mudahalih akan dipindahkan agar ayam mendapat kawasan rumput yang segar setiap hari.

Antara kebaikan kaedah ini ialah :
  1. Kos permulaan yang murah dan mudah untuk dibuat sendiri.
  2. Boleh dimulakan secara kecil-kecilan (50-100 ekor) setiap reban.
  3. Mudah untuk menambah kapasiti dengan membina reban baru.
  4. Selamat dari binatang pemangsa seperti anjing, biawak dan ular.
  5. Mudah untuk diselenggara dan dibersihkan.
Setelah menjalankan kajian, percubaan dan prototype, kami telah membuat beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan keadaan diMalaysia. Dengan kaedah ini, tidak seperti dinegara barat yang mempunyai ladang yang besar, ianya boleh dijalankan di belakang rumah, di kebun buah-buahan, kebun getah dan sebagainya.

Selain dari kos permulaan (penyedian tanah, pagar, reban dsb), satu lagi kos yang tinggi untuk penternakan ialah kos makanan. Sebagai contoh, untuk mendapatkan ayam seberat 2kg memerlukan makanan sebanyak 4kg. (Feed Conversion Rate atau FCR pada kadar 2). Ini bermakna jika harga makanan ternakan ialah RM2.00/kg, kos makanan sahaja sudah menjadi RM8.00 untuk seekor ayam. Inilah masaalah terbesar bagi kebanyakan penternak.

Bagaimanakah untuk menyelesaikannya? Mungkin telah tiba masanya untuk kita membuat satu anjakan paradigma (paradigm shift)

Dengan kaedah Chicken Tractor, kos permulaan dan kos makanan ternakan dapat dikurangkan.sebanyak 50 peratus atau lebih.

Untuk memulakan ternakan ayam secara organik menggunakan kaedah chicken tractor, anda memerlukan :

Brooder (Untuk anak ayam berumur 1-14 hari)
Anak ayam memerlukan tempat yang kering dan hangat. Untuk itu, pada umur dibawah 14 hari, ia akan ditempatkan di Brooder dan akan dipindahkan ke Chicken Tractor selepas 14 hari.  Anda boleh membuat brooder sendiri dengan mudah.

Reban Mudah-alih/Chicken Tractor (untuk ayam berumur 15 hari keatas)
Setiap Chicken Tractor berukuran 10 kaki x 12 kaki, dan boleh memuatkan sehingga 100 ekor ayam. Ia boleh dibina sendiri dengan mudah menggunakan barangan yang boleh didapati dimana-mana kedai hardware. Anggaran kos tidak melebihi RM500 bagi setiap reban.

Chicken tractor akan dialih ke kawasan bersebelahan pada setiap lima hari. Kawasan yang sebelumnya akan di sembur dengan EM (Effective MicroOrganism) untuk menyuburkan tanah dan menghilangkan bau. Ia akan terdedah pada cahaya matahari dan akan mempercepatkan proses pengkomposan najis ayam dan sedia untuk digunakan semula dalam masa lima hari. Dengan cara ini, kita tidak perlukan kawasan yang luas bagi setiap reban, hanya perlu dua kali ganda kawasan reban. Untuk reban bersaiz 10' x 12' hanya perlu kawasan seluas 20' x 12'. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijalankan dibelakamg rumah, di antara pokok getah atau buah-buahan dsb. Tidak perlu menyediakan kawasan khusus dan boleh dijalankan serentak di kebun sedia ada.

Bagaimana pula cara untuk mengurangkan kos makanan ternakan?

Setelah membuat kajian dan percubaan, kami telah merumuskan satu cara yang tidak lagi memerlukan pembelian makanan ternakan komersial.

Semua makanan ternakan boleh disediakan sendiri dengan percuma atau kos yang rendah..
  1. Azolla
  2. Fodder yang dibuat dari biji gandum, barli atar jagung.
  3. Black Soldier Fly Larvae (BSFL) 
  4. Bokashi 
  5. Fermented Fruit Juice.
Hasil dari percubaan menggunakannya sungguh menggalakan dimana peningkatan berat ayam hampir sama dengan jika diberi makanan komersial.